Pertama sekali, saya ingin menarik perhatian para pelajar siswa/siswi yang dihormati sekelian untuk menggunakan nama saya yang betul, saya amat kesal,sedih dan kecewa dengan panggilan tersebut.Seumur hidup saya, tidak pernah org mengelar saya sedemikian.
Tentang kemusykilan soalan KUIZ 1, pelajar telah dikehendaki memberikan 6 sebab mengapa komputer A lebih mahal drpd komputer B. Jadi tuan/puan yang dihormati sekelian boleh mengutarakan drpd segi spesifikasinya seperti RAM, Capacity storage, processor, beratnya, saiz skrin, Operating System yang digunakan, CD/DV Driver, Jenis Hardisk, Graphic Card, Security System dan lain-lain.
Sekiranya tuan/puan susah sangat nak dapatkan bahan untuk 2 model komputer tersebut, Tuan/Puan boleh mendapatkan mana jenis atau model untuk mendapatkan perbezaan spesifikasi. Kalau nak mudah cari jenis komputer yang sama brand contoh TOSHIBA tetapi dapatkan perbezaan model seperti satellite vs portege.
Diharap ianya dapat membantu.
Sekian.
Saturday, July 19, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment