Pusat Pembelajaran Pengajian Jarak Jauh (PJJ) Kuala Lumpur sekali lagi diserbu oleh puluhan para pelajar seawal jam 8.00pagi untuk mendaftar bagi sesi kemasukan baru Julai 2008 bertempat di Plaza Warisan, KL. Para waris juga turut hadir untuk sama-sama memberi peransang dan semangat kepada anak-anak mereka.
Seramai lebih kurang 50 orang telah mendaftar bagi ketiga-tiga program iaitu BPM, BBA dan BComm. Seramai 4 orang staf PACE UUM yang diketuai oleh Penyelaras KOK UPJJ telah bertugas bagi memastikan kelancaran proses pendaftaran berlaku. Mereka telah menunjukkan komitmen yang baik dan dapat melayan pelbagai kerenah sewaktu Pendaftaran.
Selamat Belajar dan Maju Jaya
Saturday, July 12, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment